
KUALA LUMPUR, 30 Januari – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat pada Jumaat susulan ketidaktentuan berterusan di Amerika Syarikat ((AS) yang menekan nilai mata wang negara itu.
- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS disebabkan ketidaktentuan dasar ekonomi di AS.
- Pengukuhan meletakkan ringgit hampir paras paling kukuh sejak April 2018.
- Dolar AS lemah selepas tekanan politik terhadap bank pusat untuk turunkan kadar faedah.
- Ringgit juga menguat berbanding euro, yen, dolar Singapura dan baht, menunjukkan sentimen pasaran positif.
Pada pukul 8 pagi, ringgit diniagakan sekitar 3.92 berbanding dolar AS, mengukuh berbanding paras penutup semalam.
Pengukuhan itu meletakkan ringgit hampir kepada paras paling kukuh sejak April 2018.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS terus lemah susulan tekanan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap bank pusat negara itu untuk menurunkan kadar faedah.
Beliau berkata, ketidaktentuan dasar ekonomi di AS menyebabkan pelabur berhati-hati, sekali gus memberi kelebihan kepada ringgit.
Dalam pada itu, ringgit turut mencatat pengukuhan berbanding beberapa mata wang utama dan serantau termasuk euro, yen Jepun, dolar Singapura serta baht Thailand.
Prestasi itu menunjukkan sentimen pasaran kekal positif terhadap mata wang tempatan.