Perjanjian ART berkuat kuasa selepas pertukaran notis bertulis Malaysia-AS

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 5 Februari– Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis seperti ditetapkan oleh Artikel 7.2 ART.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan, pertukaran notis bertulis itu bagi mengesahkan bahawa semua proses ratifikasi dalaman masing-masing telah selesai dan kedua-dua negara bersedia menguatkuasakan ART.

“Setelah proses pertukaran notis itu selesai, ART akan berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari atau pada tarikh lain yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak,” jelas MITI menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, pada Rabu.

Kementerian itu menjawab soalan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenyataan bahawa ART dengan AS tidak boleh diundur tetapi kerajaan akan meneliti dan merunding semula klausa tertentu yang dirasakan tidak adil.

Sementara itu, MITI berkata kerajaan sedang menjalankan penilaian menyeluruh terhadap klausa-klausa di bawah ART.

”Ia bagi memastikan pelaksanaan komitmen-komitmen yang telah dipersetujui adalah tertakluk kepada Perlembagan Persekutuan dan dasar-dasar pembangunan negara, perundangan (akta dan peraturan) domestik sedia ada dan komitmen Malaysia di pelbagai forum antarabangsa termasuk perjanjian perdagangan bebas,” jelasnya.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan