
KUALA LUMPUR, 19 Februari- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang kukuh, kata peniaga.
- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi disokong aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah kukuh.
- Sentimen disokong ringgit lemah berbanding dolar AS serta prestasi positif pasaran AS dan China.
- Kenaikan dihadkan oleh aktiviti perdagangan rendah kerana beberapa pasaran serantau tutup cuti Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan prestasi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif.
“Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh aktiviti perdagangan yang rendah di seluruh Asia berikutan beberapa pasaran serantau ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya kepada Bernama.
Katanya harga minyak naik berikutan AS dan Iran menyambung semula rundingan nuklear walaupun terdapat ketegangan geopolitik yang meningkat di rantau itu.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.42 peratus kepada AS$71.36 setong.
Pada 3.00 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 13.5 sen kepada 770.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat lima sen kepada 583.5 sen sekilogram. -BERNAMA