Niaga hadapan MSM ditutup rendah, dipengaruhi pasaran minyak kacang soya

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 Februari– Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Niaga hadapan MSM ditutup lebih rendah, dipengaruhi kelemahan pasaran minyak kacang soya di CBOT.
  • Jangkaan permintaan MSM yang lemah dalam beberapa minggu menjejaskan sentimen pasaran.
  • Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka menyusut, manakala harga fizikal MSM Januari Selatan turut turun.

Peniaga Proprietary Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata jangkaan permintaan MSM yang lemah dalam beberapa minggu akan datang juga menjejaskan sentimen.

“Kami melihat harga MSM sokongan berada di atas RM4,080 setiap tan dengan harga rintangan pada RM4,300,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 susut RM39 kepada RM4,082 setiap tan, Mac 2026 turun RM56 kepada RM4,121 dan April 2026 menyusut RM52 kepada RM4,154.

Kontrak Mei 2026 menyusut RM51 kepada RM4,163 setiap tan manakala kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing merosot RM46 kepada RM4,158 dan RM4,150.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 66,389 lot daripada 74,745 lot pada hari sebelumnya manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 219,059 kontrak daripada 219,182 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk Januari Selatan turun RM30 kepada RM4,130 setiap tan. -BERNAMA