Niaga hadapan KLCI bercampur-campur dalam dagangan awal

Foto hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Februari – Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pergerakan niaga hadapan KLCI menunjukkan campur-campur antara kontrak berbeza pada dagangan awal Isnin.
  • Jumlah dagangan kekal rendah pada 605 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 38,440 kontrak.
  • Indeks asas FBM KLCI menurun hampir satu mata berbanding penutupan Jumaat lepas.

Pada 9.21 pagi, kontrak Februari 2026 naik 0.5 mata kepada 1,740.50 manakala Mac 2026 berkurangan 1.5 mata kepada 1,719.0 serta Jun dan September 2026, masing-masing mendatar pada 1,724.0 dan 1,712.0.

Jumlah dagangan sebanyak 605 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,440 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.99 mata kepada 1,738.55 selepas 38minit dagangan daripada 1,739.54 semasa ditutup pada Jumaat lepas.- BERNAMA