
KUALA LUMPUR, 20 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat selepas ia menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan emas Comex AS.
- Niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi selepas mengikuti keuntungan Comex AS.
- Kontrak pelbagai bulan termasuk Mac, April, Mei, Jun dan Ogos mencatat kenaikan berbanding penutupan sebelumnya.
- Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 98 kontrak.
- Harga rujukan emas fizikal LBMA pada tengah hari 19 Feb 2026 ditetapkan pada AS$5,004.80 setiap auns troy.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada AS$5,046.30 setiap auns troy daripada AS$5,011.90 setiap auns troy yang dicatatkan semalam.
Mac menokok kepada AS$5,063.30 setiap auns troy berbanding AS$5,028.90 setiap auns troy manakala April dan Mei naik kepada AS$5,081.10 setiap auns troy daripada AS$5,046.60 setiap auns troy.
Kontrak Jun dan Ogos juga adalah lebih tinggi, ditutup pada AS$5,115.0 setiap auns troy dairpada AS$5,080.50.
Jumlah dagangan melonjak kepada 10 lot berbanding enam lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 98 kontrak daripada 83 kontrak sebelumnya.
Pada penetapan tengah hari 19 Feb 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada AS$5,004.80 setiap auns troy. – BERNAMA