Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring prestasi Comex AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 9 September- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan hari ini, menjejaki prestasi mengukuh niaga hadapan logam berharga itu di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak September hingga April 2027 masing-masing mencatat kenaikan harga berbanding semalam.
  • Jumlah dagangan turun kepada 213 lot berbanding 296 lot pada dagangan sebelumnya.
  • Kepentingan terbuka susut kepada 266 kontrak daripada 346 kontrak; harga emas fizikal LBMA ditetapkan pada US$4,399.10.

Pada penutup, kontrak bulan semasa September 2026 meningkat kepada US$4,409.10 bagi setiap auns troy daripada US$4,404.70 manakala Oktober 2026 naik kepada US$4,424.50 setiap auns troy daripada US$4,420.10 semalam.

Kontrak November 2026 menokok kepada US$4,438.80 setiap auns troy daripada US$4,434.70 dan Disember 2026, Februari 2027 serta April 2027 masing-masing meningkat kepada US$4,446.60 setiap auns troy daripada US$4,442.50, sebelum ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 213 lot daripada 296 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 266 kontrak daripada 346 kontrak sebelumnya.

Selain itu, harga emas fizikal pada US$4,399.10 setiap auns troy sebagaimana penetapan harga petang oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 8 September 2026. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.