Niaga hadapan emas ditutup tinggi,185 lot diniagakan

KUALA LUMPUR, 16 Mac– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis dengan sejumlah 185 lot diniagakan.

Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada US$1,923.10 setiap troy auns manakala April 2023 menokok kepada US$1,929.20 setiap troy auns.

Sementara itu, kontrak bagi Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada US$1,929.20 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada US$1,923.40 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 15 Mac, 2023.- BERNAMA


(Foto hiasan)