
KOTA BHARU, 11 Mac – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan lebih 200 teknologi berasaskan sawit untuk dikomersialkan oleh usahawan di Kelantan bagi menghasilkan pelbagai produk bernilai tambah daripada komoditi tersebut.
- Inisiatif MPOB memperkasa ekosistem keusahawanan tempatan dan merancakkan pembangunan industri hiliran sawit di Kelantan.
- MPOB memberi sokongan menyeluruh termasuk pemilihan teknologi, penilaian kapasiti perniagaan, kontrak pengkomersialan dan sokongan selepas pemasaran.
- Kenyataan dan inisiatif itu disampaikan semasa lawatan kerja Menteri Perladangan dan Komoditi ke Kelantan.
- Menteri meninjau kebun pekebun kecil dan menyaksikan demonstrasi prototaip Manipulator Arm Support meningkatkan kecekapan penuaian.
Pengerusi MPOB, Mohamad Helmy Othman Basha berkata, inisiatif itu bertujuan memperkasa ekosistem keusahawanan tempatan serta merancakkan pembangunan
industri hiliran sawit di negeri berkenaan.
Beliau berkata, MPOB menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan bermula daripada pemilihan teknologi, penilaian kapasiti perniagaan, penyediaan kontrak pengkomersialan sehingga sokongan selepas produk dipasarkan.
Mohamad Helmy berkata demikian sempena lawatan kerja Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke Kelantan yang turut menyaksikan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan tempatan.
Dalam lawatan sama, Datuk Seri Dr Noraini turut meninjau kebun sawit milik pekebun kecil serta menyaksikan demonstrasi prototaip jentera sokongan Manipulator Arm Support yang mampu meningkatkan kecekapan kerja penuaian sawit.