Maybank kekal servis khidmat pelanggan meski konflik geopolitik

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 April – Malayan Banking Berhad (Maybank) akan terus mengekalkan servis melalui seluruh saluran digital dan fizikal meski di ambang konflik geopolitik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menawarkan pelarasan pengiraan pembayaran balik untuk membantu mengurus komitmen kewangan pelanggan.
  • Faham kebimbangan pelanggan; menawarkan khidmat lebih efisien dan berhubung rapat untuk menyelesaikan isu serta bantuan sesuai.
  • Akses bantuan melalui Financial Relief di Maybank2u, pengurus terus, cawangan atau talian khidmat pelanggan 1-300-88-6688.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, bantuan yang diberikan termasuk pengiraan pelarasan pembayaran balik atau ‘repayment’ bagi membantu menguruskan komitmen kewangan mereka.

“Pihak Maybank faham akan kerisauan pelanggan dan bertindak untuk menawarkan khidmat yang lebih efisyen dan berhubung rapat dalam menyelesaikan segala isu berkaitan serta memberikan bantuan yang bersesuaian.

“Pelanggan boleh dapatkan bantuan melalui pelbagai saluran termasuk pilihan ‘Financial Relief’ di dalam laman sesawang Maybank2u, menghubungi pengurus secara terus, lawatan ke cawangan Maybank atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-88-6688.

“Bantuan yang diberikan diharapkan dapat meringankan para pelanggan jika terdapat sebarang masalah,” menurut kenyataan itu.