Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

 

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menjalankan operasi menyerap lebihan mudah tunai untuk mengekalkan kestabilan kadar jangka pendek.
  • Jumlah mudah tunai konvensional dan Islam meningkat, mencerminkan pelarasan tender semalaman.
  • BNM melaksanakan tender semalaman konvensional RM29.30 bilion dan Murabahah RM27.40 bilion.
Foto hiasan/ RTM

KUALA LUMPUR, 15 Januari – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM29.30 bilion daripada RM28.22 bilion pagi tadi manakala dana Islam naik RM27.40 bilion dan RM25.54 bilion sebelum itu.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender repo berbalik.

Bank pusat itu juga telah menyemak semula tender semalaman murabahah kepada RM27.4 bilion daripada RM25.5 bilion.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM29.30 bilion dan tender semalaman Murabahah RM27.40 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 14 Januari, 2026. -BERNAMA