Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

BANK NEGARA MALAYSIA/RTM

KUALA LUMPUR, 19 FebruariKadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menyerap lebihan mudah tunai untuk mengekalkan kestabilan kadar jangka pendek.
  • Paras mudah tunai dianggarkan RM30.29 bilion (konvensional) dan RM18.33 bilion (Islam).
  • BNM menjalankan beberapa tender repo berbalik konvensional dan Islam dalam pelbagai tempoh.
  • Tender semalaman besar dijadualkan; peruntukan sehingga RM33.4 bilion konvensional, RM19.7 bilion Murabahah.

Paras mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan mencecah RM30.29 bilion dalam pasaran konvensional, manakala RM18.33 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM1 bilion untuk tujuh hari, RM600 juta bagi 28 hari dan RM1.5 bilion untuk 91 hari.

Ia turut menawarkan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah komoditi bercagar) bernilai RM900 juta untuk tujuh hari dam RM500 juta bagi tempoh 28 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.4 bilion dan RM19.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.