Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil selepas operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
  • Lebihan mudah tunai sistem konvensional turun manakala kecairan dana Islam meningkat.
  • BNM melaksanakan beberapa tender repo dan pasaran wang, termasuk semakan tender murabahah semalaman.

Mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM32.4 bilion daripada RM37.25 bilion yang disaksikan pada pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM21.2 bilion berbanding RM20.41 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat itu menjalankan tiga tender repo berbalik.

BNM turut menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM20.6 bilion kepada RM21.2 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Pada 4.00 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM32.4 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM21.2 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 13 Februari 2026. -BERNAMA