Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

RINGKASAN BERITA AI
  • Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil selepas operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
  • BNM melaksanakan beberapa tender termasuk repo berbalik dan menyemak semula tender Murabahah semalaman.
  • Tender pasaran wang konvensional dan Murabahah diumumkan bagi wang sehari pada jumlah yang ditetapkan.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM30.80 bilion daripada RM33.77 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM24.60 bilion daripada RM23.24 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik.

BNM turut menyemak semula tender Murabahah semalaman daripada RM23.2 bilion kepada RM24.6 bilion.

Pada 4.00 petang, bank pusat mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM30.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM24.60 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 12 Januari 2026. -BERNAMA