
KUALA LUMPUR, 18 Februari – Kementerian Kewangan memaklumkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus diperkasa bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
- Lebih 140,000 barangan asas kini boleh diakses melalui pelaksanaan program SARA.
- SARA membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat secara langsung.
- Maklumat lanjut dan akses program disediakan menerusi laman sesawang sara.gov.my.
- Inisiatif ini sebahagian daripada langkah Belanjawan 2026 selaras agenda Malaysia MADANI.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi kementerian itu , lebih 140,000 barangan asas kini boleh diakses menerusi pelaksanaan program berkenaan.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang sara.gov.my.
Inisiatif SARA merupakan antara langkah di bawah Belanjawan 2026 bagi memastikan bantuan bersasar dapat dinikmati golongan yang memerlukan, selaras agenda Malaysia MADANI.