Harga minyak mentah global diunjur melonjak AS$200 setong

Harga minyak mentah global diunjur mencecah AS$200 dolar seotng susulan penutupan Selat Hormuz / Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 11 MAC – Harga minyak mentah global diunjur boleh melonjak sehingga AS$200 dolar setong berikutan penutupan Selat Hormuz akibat konflik perang di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penutupan Selat Hormuz boleh menjejaskan perdagangan minyak mentah, mengancam bekalan dan mendorong kenaikan harga.
  • Kenaikan harga minyak memberi kesan langsung kepada industri global, meningkatkan kos pengeluaran dan beban kos sara hidup.
  • Lonjakan harga tenaga menekan operasi industri dan memacu inflasi menerusi kenaikan kos bahan api dan logistik.
  • Malaysia masih ada ruang mengurangkan impak dengan memperkukuh pasaran serantau, termasuk ASEAN dan rakan dagang utama Asia.

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, peningkatan harga emas hitam itu secara langsung menjejaskan industri global dan memberi kesan kepada kos pengeluaran industri domestik dan kos sara hidup.

“Penutupan Selat Hormuz mungkin menjejaskan perdagangan minyak mentah dan boleh menaikkan harga sehingga melebihi AS$150 setong, malah ada yang menjangkakan sehingga AS$200 setong.

”Ini akan meningkatkan kos minyak dan tenaga serta memberi kesan kepada kos pengeluaran industri dan kos sara hidup,” katanya kepada RTM.

Beliau berkata kenaikan harga tenaga bukan sahaja meningkatkan kos operasi industri,malahan memberi tekanan kepada inflasi domestik melalui kenaikan kos bahan api dan logistik.

Bagaimanapun menurutnya, Malaysia masih mempunyai ruang untuk mengurangkan impak krisis dengan memperkukuh pasaran serantau termasuk negara ASEAN dan rakan dagang utama di Asia.