CBP lancar mesin layan diri emas pertama di Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Januari– Co-opbank Pertama (CBP) hari ini memperkenalkan mesin layan diri CBP Gold, membolehkan rakyat Malaysia membeli emas fizikal secara pantas, moden, dan telus.

RINGKASAN BERITA AI
  • CBP lancar mesin layan diri CBP Gold untuk beli emas fizikal dengan pantas, moden dan telus.
  • Kerjasama dengan Public Gold tingkatkan kredibiliti dan akses kepada produk emas fizikal.
  • Mesin jual emas 0.2 hingga 1 gram, dan rancangan luaskan ke semua cawangan fasa kedua.
  • Pembelian disokong ekosistem Ar-Rahnu CBP dengan kecairan tinggi dan pembiayaan patuh syariah hingga RM350,000.

Inisiatif berkenaan merupakan hasil kerjasama dengan Public Gold, sebuah syarikat yang dikenali dalam industri pemasaran emas fizikal.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi, berkata mesin berkenaan merupakan strategi bank untuk memenuhi permintaan pelanggan terhadap pelaburan emas.

“Mesin CBP Gold diyakini mampu menarik lebih ramai pelanggan,serta menjadi pemangkin kepada anjakan baharu dalam perkembangan perniagaan dan ekosistem emas CBP ” katanya selepas pelancaran mesin layan diri emas CBP di sini, hari ini.

“CBP turut merancang memperkenalkan penawaran berkaitan emas termasuk jualan emas fizikal dan pembiayaan emas, yang telah diluluskan dan kini hanya menunggu masa untuk dilancarkan,” tambah beliau.

Jelas beliau, CBP menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan jualan emas fizikal menerusi mesin layan diri, membolehkan pelanggan membeli emas dari 0.2 gram hingga 1 gram mengikut harga pasaran semasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya merancang memperluas penjualan emas fizikal ke semua cawangan di seluruh negara pada fasa kedua.

Selain memperkenal jualan emas simpanan secara digital bagi meningkatkan akses dan kemudahan kepada pelanggan.

Selain itu, CBP turut memperkenalkan emas simpanan secara digital bagi meningkatkan akses dan kemudahan pelanggan.

Pembelian emas disokong oleh ekosistem Ar-Rahnu CBP, yang menawarkan kecairan tinggi kepada pemilik emas, terutamanya bagi mereka yang memerlukan tunai segera atau modal pusingan perniagaan.

Perkhidmatan Ar-Rahnu CBP kini tersedia di semua cawangan, dengan had pembiayaan sehingga RM350,000, berlandaskan prinsip patuh syariah dan tempoh yang fleksibel.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan