Bursa Malaysia klasifikasi semula segmen pelabur, perinci data dagangan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Februari – Bursa Malaysia Berhad akan menambah baik data segmen pelabur bagi menyediakan perincian lebih jelas mengenai penyertaan dagangan di pasaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengasingan akaun penama untuk membezakan pemilikan oleh pelabur institusi dan runcit.
  • Klasifikasi semula aliran pelaburan syarikat milik asing berdasarkan sumber dana.
  • Maklumat yang dikemas kini bertujuan mencerminkan aktiviti pelaburan domestik dengan lebih tepat.
  • Kategori pelabur baharu akan dipaparkan dalam pakej data Bursa mulai 6 April 2026.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia memaklumkan, penambahbaikan itu melibatkan pengasingan akaun penama yang dimiliki oleh pelabur institusi dan runcit, sekali gus memberikan gambaran lebih tepat mengenai tahap penyertaan dagangan setiap segmen pelabur.

”Selain itu, aliran pelaburan syarikat milik asing yang diperbadankan di Malaysia akan diklasifikasikan semula berdasarkan sumber dana pelaburan dan bukannya pemilikan, bagi mencerminkan aktiviti pelaburan domestik dengan lebih tepat.

”Kategori pelabur yang dikemas kini akan dipaparkan dalam pakej data Bursa Malaysia bermula 6 April 2026,” katanya.

Inisiatif tersebut menunjukkan komitmen berterusan Bursa untuk memastikan maklumat yang disediakan kekal relevan, telus serta mencerminkan tingkah laku dagangan dan dinamik pasaran semasa.