
KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Urusan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan China akan menjadi lebih mudah menerusi pembaharuan pengaturan tukaran mata wang dua hala antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan People’s Bank of China (PBOC).
- Perjanjian diperbaharui selama lima tahun hingga 2031, saiz diperluas kepada 220 bilion renminbi (kira-kira RM130 bilion).
- Pengaturan membolehkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian transaksi dua hala, menyokong hubungan ekonomi dan kewangan.
- Perjanjian dimulakan pada 2009 dan telah diperbaharui pada 2012, 2015, 2018 serta 2021.
- Pembaharuan ini mengesahkan kerjasama jangka panjang bank pusat dan menyumbang kepada kestabilan serta daya tahan kewangan serantau.
BNM dalam kenyataannya memaklumkan, ia melibatkan tempoh lima tahun hingga 2031 dengan saiz pengaturan berkenaan diperluaskan kepada 220 bilion renminbi atau RM130 bilion berbanding 180 bilion renminbi atau RM110 bilion sebelum ini.
“Pengaturan itu membolehkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian transaksi dua hala, sekali gus menyokong hubungan ekonomi dan kewangan antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.
Perjanjian itu mula diwujudkan pada 2009 dan diperbaharui pada 2012, 2015, 2018 serta 2021.
Pembaharuan dan pengembangan pengaturan ini mengesahkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua bank pusat itu.
Sekali gus, menyumbang kepada kestabilan serta daya tahan kewangan serantau.