
KUALA LUMPUR, 17 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri sehingga 5.00 petang ini.
- Amaran untuk Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim) dan Rompin, Pahang.
- Amaran turut dikeluarkan bagi Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat) dan Kuala Lumpur.
- Amaran di Sarawak termasuk Sri Aman, Betong, Julau, Kanowit, Song dan Kapit; di Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan.
- METMalaysia menerangkan amaran ribut petir dikeluarkan bila hujan melebihi 20 mm sejam dan berlanjutan hampir atau lebih satu jam.
METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berlaku di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, serta Rompin di Pahang.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Kuala Lumpur.
Di Johor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Segamat.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Julau (Sarikei), Kanowit (Sibu) serta Song dan Kapit (Kapit).
Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan.
METMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.