fb fb fb fb fb

Zolkopli Dahalan dilantik sebagai Pengerusi IPCC

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 10 Januari- Bekas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zolkopli Dahalan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang turut dianggotai empat individu lain hari ini.

Sementara itu Ketua Pengerusi Lembaga Penasihat JPM Datuk Mohamad Jazamuddin Hail Ahmad Nawawi memegang jawatan Timbalan Pengerusi IPCC.

Tiga ahli IPCC terdiri daripada bekas Pengarah Sektor Kewangan, Jabatan Audit Negara Puan Martina@Kartina Zamhari; bekas Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Shukri Abdullah dan bekas Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Tan Kang Sai.

Kesemua mereka telah menerima surat cara pelantikan yang diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Pelantikan ahli IPCC kali ini hanya melibatkan lima individu manakala dua lagi akan diumumkan selepas proses tertentu dilakukan," katanya selepas mengumumkan pelantikan itu berkata kesemua mereka telah menerima surat cara pelantikan yang diserahkannya di KDN di sini.

Bagaimanapun IPCC akan terus bertindak sebagai badan pemantau bebas terhadap pasukan PDRM dari aspek siasatan aduan salah laku, melibatkan integriti pasukan yang merupakan nilai teras serta asas kepada tatakelola dan tadbir urus yang baik.

Saifuddin berkata, penubuhan IPCC merupakan manifestasi kesungguhan kerajaan mengurus persepsi dan salah faham masyarakat terhadap integriti dan kredibiliti PDRM.

"Kita percaya apabila IPCC ini berjalan, ia akan meningkatkan lagi integriti dalam kalangan pasukan polis.

"IPCC ini juga dari masa ke semasa akan menasihati kerajaan dan membuat syor mengenai langkah yang diambil untuk meningkatkan dan menambah baik elemen integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan terbesar di negara kita," katanya.

Selain itu IPCC juga berperanan sebagai rujukan wajib pihak polis bagi kes yang melibatkan jenayah seksual, kecederaan atau kematian tahanan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI