fb fb fb fb fb

Menteri arah ZIM keluarkan 4,000 kontena terkandas dalam masa terdekat

PUTRAJAYA, 21 Disember - Kementerian Pengakutan mengenal pasti sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, milik ZIM masih terkandas di negara ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata kesemua kontena yang masih terkandas di Pelabuhan Klang itu perlu dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Apabila kita telah mengambil tindakan untuk melarang mereka berlabuh, maka syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk mengeluarkan kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk ke destinasi seterusnya," kata beliau dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan kapal Israel berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, ZIM akan diberi sedikit masa untuk menguruskan semua kontena yang terkandas kerana ia melibatkan pelbagai destinasi.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan kapal-kapal yang mengibarkan bendera Israel berlabuh di negara ini.

Selain itu, mana-mana kapal yang dalam perjalanan ke Israel dilarang memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Anwar berkata Malaysia yakin keputusan untuk menyekat kapal kontena itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN