fb fb fb fb fb

Zayn Rayyan yang hilang ditemui meninggal

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilapor hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia malam ini.

PETALING JAYA, 6 Disember – Kanak-kanak autistisme yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia di kawasan sungai hari ini.

Mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai, 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata kanak-kanak itu ditemui kira-kira 100 meter jarak dari kawasan rumah Zayn Rayyan.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut, malam ini.

Sejak semalam, misi mencari dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran sekitar 300 meter radius.

Kesemua anggota bekerjasama mencari di setiap 2,484 unit kediaman di 18 blok Apartmen Idaman.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

GRACE AISYAH KEDAYAN