Zamri Vinoth digari ikut prosedur & undang-undang – KPN

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mac– Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan tindakan menggari aktivis Zamri Vinoth ketika dibawa ke mahkamah Selasa lalu adalah mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes Zamri melibatkan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
  • Tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan; sesetengah kes boleh ikat jamin manakala yang lain tidak, bergantung kepada peruntukan undang-undang.
  • Tiga individu, termasuk Zamri, didakwa; dua mengaku tidak bersalah, seorang didenda RM4,000 atau penjara tujuh bulan.

Menurut beliau, kes melibatkan Zamri tidak terhad kepada satu pertuduhan, sebaliknya merangkumi beberapa kes berbeza di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, yang memerlukan pendekatan prosedur berlainan.

“Tangkapan yang dilakukan sebelum ini melibatkan pelbagai kesalahan yang berbeza. Ada yang dibenarkan ikat jamin (bailable) dan ada yang tidak, bergantung kepada peruntukan undang-undang.”

“Pada peringkat awal, tangkapan dibuat di bawah Seksyen 505 (Kanun Keseksaan) serta Akta Hasutan bagi kes yang berlainan. Tindakan ini sepenuhnya berdasarkan lunas undang-undang, meskipun orang awam mungkin mempunyai persepsi yang berbeza terhadap setiap kes tersebut,” kata Datuk Seri Mohd Khalid kepada pemberita, hari ini.

Dalam perkembangan sama, tiga individu termasuk Zamri didakwa di mahkamah berasingan atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kegusaran awam.

Dua daripadanya mengaku tidak bersalah, manakala seorang lagi didenda RM4,000 atau penjara tujuh bulan.