fb fb fb fb fb

Zahir sokongan kepada Palestin, kempen Satu Juta Poskad Khas Palestin Merdeka dilancar

Ketua Kluster Keterlihatan Ops Ihsan, Shahrul Aman Mohd Saari bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Promosi Satu Juta Poskad Khas Palestin Merdeka Bersama Kementerian Pendidikan di Putrajaya

PUTRAJAYA, 20 Februari - Ops Ihsan dengan kerjasama Pos Malaysia melancarkan kempen Satu Juta Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda solidariti kepada penduduk Gaza.

Poskad khas tersebut dijual pada harga RM6 untuk tiga keping dengan sekeping poskad pracetak, dialamatkan kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Ketua Kluster Keterlihatan Ops Ihsan, Shahrul Aman Mohd Saari berkata pihaknya akan mengerakkan kempen berkenaan di sekolah dan kementerian lain.

"Ini kali pertama kita akan bergerak ke sekolah-sekolah, jadi kita rasa gerakan di sekolah-sekolah ini akan melonjakkan lagi kemudiannya kita mengharapkan kementerian-kementerian lain juga akan bersama-sama kita dalam usaha ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Promosi Satu Juta Poskad Khas Palestin Merdeka Bersama Kementerian Pendidikan, di sini.

Pada majlis itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut mengirim poskad khas itu kepada Guterres sebagai sokongan teguh terhadap Palestin.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN