fb fb fb fb fb

YAYSH sampai bantuan persekolahan kepada 223 anak yatim di Kedah

ALOR SETAR, 27 Mac - Seramai 223 anak yatim di 11 daerah di Kedah menerima sumbangan persekolahan daripada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) bagi tahun 2022.

Daerah terlibat ialah Baling, Sik, Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Pokok Sena, Kubang Pasu, Yan, Pendang, Kota Setar, Padang Terap.

Ahli Lembaga Pengarah YAYSH, Datuk Rosli Awang berkata sumbangan berupa kelengkapan sekolah, wang tunai dan hamper diagih secara berperingkat sejak 20 Mac lalu.

Program yang merupakan acara tahunan itu bertujuan membantu anak-anak yatim dari keluarga kurang berkemampuan di Kedah.

"Sesungguhnya dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yatim meringankan perbelanjaan sekolah yang telah bermula sekarang.

"Pada kali ini kita telah menyampaikan sumbangan di 11 daerah bermula di Baling dan berakhir di Kota Setar," katanya.

(Sumbangan disampaikan Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun)

Beliau berucap pada Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah 2022 peringkat Daerah Kota Setar, di sini.

Seramai 20 penerima menerima sumbangan yang disampaikan Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun.

Media Baharu