fb fb fb fb fb

Yang di-Pertuan Agong berkenan terima kunjungan hormat Speaker Parlimen Turkiye

(Yang di-Pertuan Agong A (kiri) berkenan menerima sembah menghadap
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Turkiye, Profesor Dr Mustafa Sentop di Istana Negara.

Ketibaan Prof Mustafa disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 10.45 pagi.

Turut hadir; Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali serta Duta Besar Republik Turkiye di Malaysia Emir Salim Yuksel.

Sesi sembah menghadap yang berlangsung selama setengah jam itu bersempena lawatan rasmi Prof Mustafa ke Malaysia selama tiga hari sejak Isnin lalu.

Beliau dijangka berlepas pulang dari Malaysia pada petang ini.

(Yang di-Pertuan Agong (kiri) berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen
Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara/BERNAMA)

Media Baharu