fb fb fb fb fb

YADIM giat laksana usaha dakwah berimpak tinggi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA, 24 Januari- Genap 50 tahun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berada di lapangan menjadi payung dan penggerak kepada usaha-usaha dakwah serta menjalankan penyelarasan badan-badan dakwah juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau telah menyaksikan YADIM sebagai sebuah badan dakwah yang giat melaksanakan pelbagai usaha dakwah berimpak tinggi dengan pendekatan strategik yang telah melonjakkan peranan YADIM di peringkat nasional juga antarabangsa.

"YADIM telah memainkan peranan yang begitu penting untuk menggerakkan aktiviti dakwah di negara kita, besarlah harapan saya kepada YADIM bagi tahun 2024 ini dan seterusnya untuk memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti dakwah lebih kreatif dalam menyampaikan dakwah dan khususnya sepertimana yang disebut tadi dan saya sebut peranan YADIM untuk mengajak lebih ramai anak anak muda golongan belia untuk bersama dengan YADIM", katanya.

Beliau ditemui selepas memberi ucapan khas di Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun YADIM di Putrajaya. 

Tambahnya, YADIM perlu sentiasa menjadi tonggak penting kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya untuk menggerakkan NGO-NGO Islam tampil ke hadapan seiring dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. 

Beliau turut menyarankan agar YADIM dapat meneruskan aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama bagi memupuk kerukunan dalam masyarakat.

ROSLINA BINTI DIN