KOTA BHARU, 26 April - Sambutan World #QuranHour di Kelantan disambut meriah setelah dua tahun disambut menerusi dalam talian sebelum ini.
Kali ini ia membawa sedikit kelainan apabila program itu diadakan di sebuah pasar raya terkemuka di negeri itu.
Majlis dianjurkan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK).
Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim berkata program itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan khususnya mendalami dan membaca kitab suci Al-Quran.
(Adnan bercakap pada sidang media selepas
majlis World #Quranhour peringkat Negeri Kelantan)
"Kita rasa sambutan pada tahun ini adalah memenuhi perancangan kita iaitu untuk membawa masyarakat, menyatukan masyarakt dan penyatuan ummah.
"Maksudnya menerusi ekonomi dan pendidikan sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya berkenaan denganWorld #QuranHour pada kali ini," kata Adnan di sini.
Program yang dianjurkan serentak di seluruh dunia itu menarik masyarakat untuk mendalami Al-quran.