SEPANG, 2 Disember- Seramai 1,800 peserta dari dalam dan luar negara terlibat dalam program World Quran Convention 4.0, hari ini.
Konvensyen antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sepang itu bertujuan membudayakan nilai positif dalam komuniti muslim berpandukan al-Quran dan hadis.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Na'im Mokhtar program yang bertemakan "Serve To Be Served A Divine Guidance From Surah Al-Insan", turut menjadi pencetus membina legasi "Young Muslim Leaders for the World".
"Pihak yayasan juga telah melatih seramai 500 orang pelajar seluruh dunia berkaitan kepimpinan."
"Tema surah yang dipilih kali ini ialah surah Al-Insan dan surah ini sangat sesuai dengan konteks kerajaan Madani dengan enam teras yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya berkaitan kemanusiaan," kata Na'im kepada pemberita, hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mencemar duli berangkat hadir ke konvensyen tersebut.