fb fb fb fb fb

Waspada pautan, akaun media sosial palsu elak penipuan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Bank Islam mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar bank berkenaan bagi tujuan penipuan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff dalam satu kenyataan menegaskan, semua kempen yang dianjurkan pihaknya hanya dipromosikan menerusi saluran rasmi Bank Islam.

"Bank Islam sentiasa mengutamakan keselamatan data dan kepentingan pelanggan. Pihak bank tidak akan meminta maklumat peribadi pelanggan seperti nombor akaun, kata laluan, atau kod OTP melalui laman web mahupun akaun media sosial bagi sebarang kempen yang dijalankan.

"Promosi-promosi mengenai kempen hanya dilakukan pada laman-laman rasmi Bank Islam sahaja," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun beliau menggesa agar orang ramai lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik licik golongan tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu orang ramai perlu sentiasa memastikan kesahihan maklumat sebelum mengambil langkah seterusnya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI