fb fb fb fb fb

Waspada dengan pakej takaful, pelaburan - PruBSN

Wan Saifulrizal Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 9 April- Orang ramai dinasihat untuk membuat semakan melalui laman rasmi 'Malaysia Takaful Association' sekiranya terdapat tawaran pakej takaful dan pelaburan yang mencurigakan.

Kesahihan itu perlu bagi mengelak orang ramai daripada terpedaya dengan penipuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan bahawa terdapat penyamaran sebagai pegawai PruBSN yang menawarkan pakej takaful.

"Untuk agen-agen takaful dan sebagainya, salah satu langkah pergi ke 'website' 'Malaysia Takaful Association', kita boleh semak sama ada individu tersebut memegang lesen atau tak untuk menjual atau memasarkan takaful," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, PruBSN sentiasa bekerjasama dengan pihak polis bagi memastikan pelangganya tidak terlibat dengan kes penipuan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM