fb fb fb fb fb

Waris Azam Smile terima faedah Perkeso

FOTO RTM

SEREMBAN, 10 Mac- Waris kepada penyanyi Allahyarham Mohd Azam atau lebih dikenali sebagai Azam Smile, 38 tahun, layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Wan Kefli Hamid, berkata ibu dan bapa allahyarham masing-masing menerima RM1,500 bagi Faedah Pengurusan Mayat, serta lebih RM300 setiap seorang untuk Faedah Pencen Penakat, berdasarkan caruman Allahyarham sebelum bergelar penyanyi.

Azam Smile, yang meninggal dunia pada 26 Februari lalu akibat pembuluh darah pecah, turut mencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Menurut Wan Kefli, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada kematian allahyarham berkait dengan pekerjaannya. Jika disahkan, faedah bawah skim itu juga akan diberikan kepada waris.

Sementara itu, ibu allahyarham, Mariam Mohd Yatim, reda dengan pemergian anak bongsunya.

Sehingga Disember 2024, seramai 11,050 individu bekerja sendiri telah mencarum dengan Perkeso di Negeri Sembilan dan 158 pencarum sudah menerima faedah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE