fb fb fb fb fb

Warga RTM terus disantuni sempena sambutan TBC

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 8 Februari - Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman hari ini menyantuni warga Radio Televisyen Malaysia (RTM), memberikan buah tangan limau sebagai simbol ucap selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada mereka yang meraikan.

Buah tangan diberikan kepada petugas di unit Sukan TV, Majalah dan Dokumentari, Drama TV dan tidak dilupakan juga di unit radio terutamanya AiFM.

"Kepada mereka yang akan memandu kenderaan untuk pulang ke kampung ya kita kena memandu dengan penuh berhemah dan sentiasa berhati hati, kerana nyawa itu sangat berharga dan kita di RTM mengucapkan selamat menyambut tahun baru tahun naga.

"Semoga tahun baru ini memberikan rezeki yang melimpah kepada mereka yang menyambutnya dan juga keamanan dan juga keharmonian," Suhaimi bercakap kepada pemberita di Angkasapuri.

TETITIA YUSOFF