GEORGETOWN, 31 Oktober-Seorang wanita warga emas bernasib baik apabila berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.
Warga emas berusia 66 tahun itu ditemui tersangkut di dalam lumpur sebelum dibawa naik menggunakan tali penyelamat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, wanita itu dipercayai sempat meninggalkan kenderaannya di bahu jalan, berhampiran lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Laporan berhubung kejadian diterima kira-kira pukul 3.30 petang.
Mangsa, berjaya diselamatkan sebelum dibawa menggunakan bot nelayan.
Dia kemudiaannya dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban sebelum diseraqhkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.