fb fb fb fb fb

Warga emas maut rempuh kerangka lori terbiar

FOTO POLIS SETIU

SETIU, 19 Februari- Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar kerangka lori dan pagar terbiar di kaki lima jalan.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 8.25 pagi tadi di Kampung Gong Terap, Setiu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Afandi Husin berkata mangsa dikenali sebagai Hasnah Abdullah, 60 tahun seorang suri rumah dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Telaga Papan menuju ke Klinik Kesihatan Rahmat bagi pemeriksaan kesihatan.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di lokasi kejadian dan nayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) APJ 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE