Warga emas maut kemalangan langgar lari

Foto fail

SUNGAI PETANI, 12 November -Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.1 Jalan Alor Setar-Butterworth, berhampiran Masjid Seri Jerai dekat sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis mengesahkan kenderaan terlibat belum dapat dikenal pasti; siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan kenderaan dan pemandu terbabit.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Orang ramai diminta tampil membantu dan pemilik rakaman dashcam diminta menghubungi Insp. Mohd Razis 013-467 7195.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa lelaki berusia 70-an mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti jenis serta nombor pendaftarannya. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan kenderaan dan pemandu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan, termasuk pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam).

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohd Razis Zainol Abidin menerusi talian 013-467 7195 atau

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.