fb fb fb fb fb

Nahas dua motosikal, warga emas maut

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 15 Mac- Seorang wanita warga emas maut, manakala seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Pusat Bandar Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata insiden berlaku apabila mangsa, 66 tahun keluar dari simpang  secara mengejut, sebelum dirempuh penunggang motosikal berumur 41 tahun itu.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

"Seorang mangsa  yang cedera ringan di bahagian kaki dan tangan, kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM