Warga emas maut dalam kebakaran bengkel motosikal di Raub

Foto FB Balai Bomba Dan Penyelamat Raub

RAUB, 28 Februari – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut dalam kebakaran sebuah kedai motosikal di Jalan Bukit Koman, di sini malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.39 malam.
  • Seorang warga emas dipercayai terperangkap dan disahkan maut di lokasi.
  • Keseluruhan premis musnah.
  • Lima motosikal dan sebuah ATV turut hangus, punca masih disiasat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.39 malam.

Mangsa dipercayai terperangkap di dalam premis berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kebakaran tersebut memusnahkan keseluruhan premis bersama lima motosikal dan sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

Punca kejadian masih dalam siasatan.