fb fb fb fb fb

Warga emas maut, komponen lori tercabut menembusi kereta

Foto RTM

BATU PAHAT, 24 November – Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun maut selepas komponen sebuah lori tercabut dan menembusi cermin hadapan kereta yang dinaikinya di Parit Yaani, Batu Pahat, pada 9.07 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushadat Abdullah Sani berkata, mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan ketika kejadian berlaku.

Siasatan awal mendapati bahagian 'coupling shaft' lori terbabit tercabut ketika kenderaan itu bergerak dari arah bertentangan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, tiga ahli keluarga lain yang turut berada dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

AZRUL FAIZAL JUSOH