KUALA LUMPUR, 4 Disember- Seorang warga emas layak digelar 'hero derma darah' kerana menderma darah secara konsisten sejak tahun 1988.
Lum Kien Seng, 70 tahun menderma darah buat kali ke 356 di Pusat Darah Negara dan ia merupakan yang terakhir dia berbuat demikian.
Kien Seng berkata, dia sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi membolehkan dirinya kekal sihat dan layak untuk menderma darah.
(Kien Seng, 70 tahun menderma darah buat kali ke 356 di Pusat Darah Negara
dan ia merupakan yang terakhir dia berbuat demikian.)
Pendermaan darah terakhir lelaki itu disambut meriah sebagai penghargaan atas amalan baik yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan.
Selain darah, Kien Seng juga merupakan penderma aferesis sejak tahun 2000 sehingga kini.