fb fb fb fb fb

Warga China cedera ketika mendaki Gunung Kinabalu diselamatkan

FOTO BOMBA

RANAU, 12 Mei- Seorang lelaki warganegara China yang mengalami kecederaan ketika mendaki di Gunung Kinabalu, di sini, Sabah, berjaya diselamatkan oleh Pasukan Bomba Bantuan (PPB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR).

PBB MOSAR memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian terus ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau berhubung kejadian seorang pendaki tercedera di Kilometer (KM) 3.3 pada pukul 11.00 pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, tujuh anggota digerakkan bersama seorang petugas Sabah Park dan tiga orang malim gunung dengan membawa peralatan menyelamat.

Komander Operasi, PBB Alexander Justin memaklumkan, mangsa dengan berat badan 63 kilogram (kg) didapati memgalami kecederaan dan terseliuh pada bahagian buku lali kaki kirinya.

Mangsa kemudian diselamatkan dan dibawa turun menggunakan pengusung menuju ke Pintu Timpohon sebelum diserahkan kepada pihak Sabah Park untuk dibawa ke hospital.

Operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 2.03 petang.

SITI AISHAH MD ISA