fb fb fb fb fb

Warga asing maut digilis kereta api di Pelabuhan Utara

FOTO POLIS

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Polis mengesahkan kejadian seorang lelaki warga asing yang ditemukan maut dipercayai digilis kereta api di Pelabuhan Utara Klang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki yang hanya berseluar panjang itu pada pukul 11.35 pagi.

"Kejadian berlaku di tepi landasan berhadapan kilang di Jalan Pelabuhan Utara. Mangsa berusia 19 tahun dan terdapat kecederaan di bawah paras lutut kedua-dua kaki dipercayai digilis kereta api.

"Setakat ini pihak polis mendapati apa-apa tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya.

Jelas Cha, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE