KUALA LUMPUR, 23 Mac-Golongan wanita diseru agar memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara dan menjadi ejen perubahan ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kepimpinan yang berhikmah perlulah berasaskan kepada nilai-nilai murni.
"Usaha-usaha yang kita majukan ini kita nak wanita masuk dalam kepimpinan. Tapi jangan kita lupa, peranan kita diberikan oleh Allah untuk menjadi ibu yang terbaik.
"Ibu-ibu yang kadang-kadang tidak ternama namun membesarkan anak mereka sangat baik. Itu yang penting, kalau tidak tak akan lah kata syurga di bawah kaki ibu", katanya demikian ketika berucap merasmikan Program Ilmu MADANI: Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah di Cheras, hari ini.
Pada majlis itu 1,000 wanita yang memerlukan menerima sumbangan hari raya.