fb fb fb fb fb

Wanita maut motosikal ditunggang kena rempuh

FOTO POLIS TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 1 September- Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah motosikal lain.

Kejadian berlaku 10.25 pagi tadi di Jalan Kuala Ibai berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Mohd Nor Azli mengesahkan kejadian berkata mangsa Mazenah Mamat, 50 tahun dari Kampung Raja Baram Chendering meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa dalam perjalanan dari Chendering menuju ke Kuala Terengganu manakala Muhammad Amirul Asyraf dari arah Marang menghala ke SMK Sultan Sulaiman.

Siasatan awal mendapati Muhammad Amirul dari arah bahu kiri jalan telah masuk ke laluan utama dan bergesel dengan motorsikal ditunggangi mangsa.

Mayat Mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE