fb fb fb fb fb

Wan Azizah saran pelajar tempatan sambung pengajian ke Ireland

Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Ireland berpotensi sebagai lokasi pendidikan tinggi yang menawarkan pelbagai bidang pengajian dengan kos berpatutan.

Ini menjadi peluang terbaik khusus buat pelajar tempatan untuk meneroka bidang pendidikan di negara tersebut, sekali gus memperkukuh hubungan antara Malaysia-Ireland.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hanya dua peratus pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di negara itu, buat masa ini.

"Kami menikmati saat-saat manis di Ireland yang sentiasa dikenang. Sebagai anak-anak muda ketika itu, ada pelbagai perkara baru untuk diteroka. Kami diterima seadanya, tanpa adanya golongan Islamophobia.

" Tiada siapa menghakimi kami ketika itu, dan kami diterima sepenuhnya di sana. Yang paling utama, ada pelbagai potensi di Ireland.

"Saya cukup berbangga sebagai anak Malaysia yang namanya terpampang dalam senarai penuntut Royal College of Surgeons (di Ireland)," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran Pendidikan Ireland 'Unleashing Opportunities' di sini.

Beliau yang juga alumni Royal College of Surgeons, Ireland berkongsi pengalaman pengajiannya di negara berkenaan yang berjaya membentuk perjalanan pendidikan lebih profesional.

Selain itu, mempelajari selok belok budaya dan sosial masyarakat Ireland, sekali gus berupaya menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

SITI AISHAH BINTI MD ISA