fb fb fb fb fb

Waktu Bekerja Berlainan pilihan tambahan, bukan pengganti sistem sedia ada

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 21 Januari – Waktu Bekerja Berlainan (WBB) diperkenalkan sebagai pilihan tambahan kepada dua sistem sedia ada, iaitu syif dan oncall, dan bukan untuk menggantikannya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dr. Dzulkefly, pemilihan aturan jadual itu bergantung kepada kemampuan jabatan dan pentadbiran hospital masing-masing.

"Sistem ini dibina oleh doktor di lapangan untuk doktor di lapangan, setelah mengambil kira pelbagai input daripada pemegang taruh di pelbagai peringkat. Usaha mereka selama setahun mendapati wujudnya keperluan segera untuk menambah baik sistem aturan kerja sedia ada," katanya pada sidang media khas, di sini.

Tambah Dr. Dzulkefly, projek rintis tersebut yang dikendalikan oleh doktor untuk doktor, perlu mendapat kelulusan daripada Menteri Kesihatan serta persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dimulakan.

Sebelum ini, garis panduan mengenai sistem WBB telah dikeluarkan melalui surat edaran dalaman, namun ia didedahkan kepada umum oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN