fb fb fb fb fb

Veteran RTM Sarawak, Dato' Affendie Tahir meninggal dunia

Veteran RTM Sarawak, Dato' Affendie Tahir, 74 tahun meninggal dunia akibat barah, malam tadi

KUCHING, 21 Mei- Veteran RTM Sarawak, Dato' Affendie Tahir, berusia 74 tahun meninggal dunia akibat sakit barah, malam tadi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dekat Jalan Bakti, Petrajaya Kuching.

RTM yang berada di kediamannya merakamkan suasana hiba atas pemergian barisan perintis penyiaran di Sarawak itu.

Allahyarham Dato' Affendie antara kakitangan penyiaran terawal di Sarawak selepas penubuhan Malaysia pada 1961.

Beliau pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di radio Sarawak, menjadi pengawal stesen RTM di Limbang dan memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah RTM Johor pada 1996 sebelum bersara wajib.

Selepas bersara, Allahyarham turut terlibat dalam dunia korporat.

Hadir sama bagi menziarahi jenazah, Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat.

Allahyarham Dato' Affendie meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

2105 VETERAN RTMAllahyarham Dato' Affendie Tahir

ROSLINA BINTI DIN