fb fb fb fb fb

Veteran ATM diminta daftar dengan JHEV untuk BSH

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Kementerian Pertahanan meminta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi memudahkan pemberian Skim Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata kebanyakan veteran ATM yang tidak berdaftar adalah dari Sabah dan Sarawak.

(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan)

"Kami mengalakkan, memohon dan meminta supaya persatuan angkatan tentera veteran mencari dan mendaftarkan veteran-veteran yang belum lagi mendaftar untuk kita dapat kesan.

"Walaubagaimanapun, jumlah veteran yang telah mendaftar melebihi 200,000 lebih. Jadi InsyaAllah, perlahan kebanyakan yang tidak berdaftar ini daripada kawasan Sabah dan Sarawak mereka ramai yang tidak daftar dan menghairankan kami," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Perlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas di Dewan Rakyat.

Seramai 8,730 orang merupakan veteran tidak berpencen yang menerima BSH sebanyak RM300 sebulan.

Media Baharu