fb fb fb fb fb

Vaksin Qdenga beri perlindungan signifikan terhadap serotip virus denggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Malaysia telah mengumumkan ketersediaan vaksin denggi Qdenga untuk individu berumur empat tahun ke atas.

Pengerusi Advokasi Pencegahan Denggi Malaysia, Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail, vaksin tersebut memberikan perlindungan yang signifikan terhadap keempat-empat serotip virus denggi, dengan menunjukkan 80.2 peratus perlindungan keseluruhan terhadap denggi simptomatik selepas 12 bulan.

"Dengan vaksin ini, kita harap bahawa kita mungkin akan mengurangkan... kalau tak kes pun, kita boleh mengurangkan kematian.

"Kita monitor sekarang ialah kematian, kita hendakkan apa yang Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan bahawa sasarannya ialah kematian sifar atau kosong",  katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.

Selain itu, orang ramai tidak perlu khuatir dengan vaksin tersebut kerana Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia telah meluluskan Qdenga berdasarkan data yang menunjukkan keberkesanan dan keselamatannya.

ROSLINA BINTI DIN